Winkkk~ winkkk~.. dari mata turun ke hati. Mata yg cantik lagi memukau. Betul ke???
Lately ni, kalau tgk kt youtube tutorial makeup mata tak sah kalau xpakai contact lens. Then kalau mana2 photoshot yg focus gedabak kt muka je mesti model-model tu sume pakai contact lens. Keadaan-keadaan ini semua telah membuatkan saya rase cam nak pakai jugak!!!Di sini saya tersangat sangat lah setuju, bahawasanya pemakaian kanta mata ni memberi impact yg tersangatla besar terhadap menghasilan mata yg memukau ditambah plak ngan pemakaian bulu mata yg sejengkal panjangnya. owh! hihih.. bulu mata tu tipu jer. Rozita Che Wan je yg ada bulu mata cm tuh... t.t.e.E.E.e.t.t.T.t.e.t.t.t~
Percaya atau tidak??? Serius kot, sepanjang hidup dah 24thn ni tak pernah sekali pon try pkai contact lens. Aduh! Baru sedar, rupanya tak up to date langsung la sy nih. Tipu la kalu dalam hati ni tak teringin nak pakai kan, tapi ntah la tak tau nape sampi ke hari ni tak jugak-jugak pakai.Terasa jugak nak mata kaler kelabu.hihih. ishh~ tak bersyukur langsung la sy nih, dah ada mata pon kira bagus.(pesan utk diri sendiri)
Bukan susah sgt nak dptkn contact lens ni, lebih-lebih ag skang ni beli by on9 pon boleh. Hari tuh g uptown Shah Alam lagi la, berlambak-lambak kedai jual. Macam-macam kaler ada, harga pon tak la mahal sangat. Uurmmm....tapi nak cantik punya pasal terpikir gak, mereka-mereka yg pakai beli kat tempat-tempat cmtuh safety ker tok jangka masa panjang kalau selalu pakai??? Bukan ape, mata kita ni benda yg paling berharga kalau tak dijaga ngan betul kang cantik ke mana, penyakit lak yg dapat. Bak kata pepatah science "prevent is better than cure" yg membawa maksud dalam Bahasa Melayunya "mencegah adalah lebih baik dari mengubati".
Kementerian Kesihatan memberi amaran kpd orang ramai agar tidak membeli kanta mata di pasar malam ataupun di kedai-kedai kecantikan yg tidak membuat pemeriksaan mata kerana ia boleh menyebabkan kebutaan. Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pemeriksaan mata perlu dilakukan oleh semua pemakai kanta mata sama ada jenis bewarna ataupun tidak.
So bagi mereka-mereka dan juga diri saya yg teringin sangat ni,hihih..sebelum nak beli, pastikan mendapat pemeriksaan drpd optometris terlebih dahulu bagi mengelak kesan sampingan yg teruk sehingga boleh menyebabkan buat.
Kata-kata hikmah dari sy "Cantikkan diri dengan Kesihatan" :)


prevention is better than cure ye
ReplyDelete