Part 4 : Bertutur dan Mendengar
Barbara dan Allen sedang bersiap ke majlis. Barbara membeli sepasang baju baru dan tidak sabar mahu bergaya. Dia menanyakan kpd Allen dua pasang kasut. Satu bewarna biru dan satu lagi berwarna emas. Kemuadian dia bertanya soalan yg mungkin menakutkan setiap lelaki, "Sayang, kasut mana yg perlu saya pakai bersama baju ini?"
Allen mula berpeluh. Dia tahu sekarang die sedang berhadapan dgn masalah. "Pakai sahaja mana-mana yg awak suka syg." Teragak-agak Allen menjawab. "Cepatlah Allen," desak Barbara. "Mana yg kelihatan lebih cantik? Biru ataupun emas?" Dia terus bersuara. "Emas," jawab Allen dengan gementar. "Apa yg tidak kena dgn warna biru? Saya sanggup berhabisan wang membelinya tetapi awak tidak menyukainya." Barbara mempersoalkan pilihan Allen.
Allen mengeluh, "Barbara, apabila awak tidak memerlukan pendapat saya, usah bertanya." Allen berkata dalam nada merungut. Dia menyangka dia ditanya supaya menolong menyelesaikan masalah. Namun apabila dia cuba membantu. Barbara sedikit pun tidak berterima kasih.
Tanpa Allen mengetahui, Barbara sebenarnya menggunakan percakapan berkias. Dia sudah pun membuat keputusan kasut mana yg mahu dipakai. Dia juga tidak mungkin mengubah keputusannya itu. Soalan yg dikemukakan itu hanya bagi mendapat kepastian yg dia kelihatan menawan.
Apabila wanita bertanya. "Biru ataupun emas?" ketika memilih kasut, lebih baik lelaki yg ditanya itu tidak memberikan jawapan. Sebaliknya dia perlu bertanya kembali. 'Awak sudah pilih, sayang?" Kebanyakan wanita terkejut dgn kaedah seperti ini. Mereka terkejut kerana kebanyakan lelaki yg mereka kenal biasanya terus menyatakan pilihan mereka.
Wanita yg ditanya tadi pasti memberitahu isi hati mereka. "Sebenarnya saya rasa seperti mahu mengenakan yg emas...." Cara wanita tadi berkata-kata seolah-olah tidak pasti. Realitinya dia sudah pun membuat pilihan memakai kasut yg bewarna emas. "Mengapa emas?" Si lelaki bertanya kembali. "Ini kerana saya memakai perhiasan emas dan baju saya bercorak emas," jawab wanita. Lelaki yg bijak menjawab "Itu pilihan yg baik. Awak kelihatan cantik dalam warna itu. Pandai awak memilih. Saya menyukainya." Dengan jawapan itu sudah pasti lelaki itu berasa gembira sepanjang malam!
Okei.. pasni takpayah susah payah gedik-gedik nak tanya-tanya lagi yg tu cantik ke, yg ni cantik. Asal berkenan je trus amik pakai.! hihih..


No comments:
Post a Comment