Assalamualaikum.
Lepas beratur panjang-panjang tunggu turn
akhirnya...
selamatlah sudah dapat baucer 1 Malaysia
*senyum lebar sampi ke telinga :)
even bukan dapat cash sedebuk rm200 tapi kre ok la kan dpt baucer
so
pasni mula la merajin kan diri cari buku
then
jadi ulat buku plak
Actually, bile dah start smbung dgree ni, jarang dah nk bace buku2 cerita sgt
sebabnya
adalah lebih penting utk bace buku yg nak jawab exam kot
yg len klu rase-rase bosan leh je search kt internet kan bace
ttetttttt~
(alasan tak masuk akal)
dengan adanya baucer ini
maka,
bersemangat lah sy nak gi mencari buku-buku yg memikat hati utk di bace
dengan semangatnye semalam ajak ar mr.shamin teman gi karnival buku kt PWTC
tersangatlah bnyk buku
sampikan dah tak tau nak pilih yg mana satu
sempat gak la semalam beli 3 buah buku
(buah or naskah ek???? BM dah tungganglanggang)
sigh =.='
Buku pertama yg telah memikat hati dan tangan berjaya utk mencapai
"ACT like a Lady & THINK like a Man"
actually, dah lame sgt cari buku nih
RM22.00
kenapakah??? Diari hamil???
huhuhuh
dalam banyak-banyak buku tetibe terpandang satu diari ni
sangat cumel isi dalam die
Banyak info tentang kehamilan dari awal sampai lah dah selamat melahirkan
disebabkan cumel, design dalam die cam diari so beli jugak!
utk kegunaan masa akan dtg
insyaallah
RM26.00
Then buku yg terakhir berjaya dibeli
"Mentafsir Mimpi Anda"
RM8.00
urmm,
belek2 isi dalam die, agak menarik jugak
banyak tafsiran mengenai mimpi yg kebiasaannya kita alami
kalu dlm tafsiran psychology, setiap hari kita akan mengalami fasa mimpi dalam tidur.
Tidur terbahagi kpd 2jenis iaitu tidur dengan mata bergerak atau REM (Rapid Eye Movement) sleep dan tidur dengan keadaan mata tidak bergerak (non-REM). Tidur dalam keadaan mata bergerak adalah keadaan kita tidur apabila kita sedang bermimpi. Tidur dengan keadaan mata tidak bergerak (non-REM) boleh dibahagikan kepada empat peringkat:
1. Peringkat pertama (Berasa mengantuk)
– apabila seseorang itu berasa mengantuk, ia sedang mengalami peringkat pertama untuk tidur. Peringkat ini hanya mengambil masa sekitar lima sehingga 10 minit sahaja. Mata akan bergerak perlahan di sebalik kelopak mata dan semua otot akan mengendur. Pada peringkat ini, seseorang itu mudah tersedar.
2. Peringkat kedua (Tidur-tidur ayam)
– pada peringkat ini, pergerakan mata akan terhenti, kadar denyutan jantung akan menurun dan suhu badan juga akan menurun.
3. Peringkat ketiga dan keempat (tidur lena)
– pada peringkat ketiga dan keempat, seseorang itu akan susah untuk tersedar. Jika seseorang itu terbangun pada peringkat tidur lena ini, ia akan berasa lemah dan pening. Ia juga akan mengambil sedikit masa untuk menghilangkan rasa pening tersebut.
Manakala peringkat tidur dalam keadaan mata bergerak-gerak (REM sleep) pula akan berlaku setiap 70 sehingga 90 minit dalam kitaran tidur. Kebiasaannya, seseorang itu akan mengalami tiga sehingga lima kali peringkat ini dalam semalaman. Pada peringkat ini, mata kita akan bergerak secara cepat dan rawak ke pelbagai arah di bawah kelopak mata. Sebab itulah peringkat tidur ini dinamakan Rapid Eye Movement sleep. Kitaran tidur yang pertama setiap malam mengabungkan peringkat REM yang pendek dan peringkat tidur nyenyak yang panjang. Apabila malam semakin larut, peringkatREM semakin panjang sementara tidur nyenyak akan semakin pendek. Bila menjelang pagi, kebanyakan manusia berada pada peringkat pertama, peringkat kedua dan tidur dalam keadaan mata bergerak. Dalam semalaman, kita akan mengalami beberapa kitaran tidur.
Buku ini hanyalah tafsiran semata-mata, ada pandangan yg betul dan juga ada pandangan yg salah. Apa yg berlaku terhadap diri kita adalah takdir dari Ilahi, sesuatu yg berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya. Kita perlu yakin bahawa apa jua yg berlaku dan akan berlaku adalah kehendak Allah s.w.t. Kepada Allah kita memohan pertunjuknya. Insyallah.
Total utk harga 3 buku ni selepas diskaun hanya RM51.20
sangat murahkan!
just tambah RM1.20 je lagi.
Kita haruslah bijak membeli..hihih
ada lagi baki baucer RM150
nak gi MPH, POPULAR or KINOKUNIYA lak shopping t.
Sempat plak singgah tgk Sumpahan Kum-Kum





No comments:
Post a Comment