Assalamualaikum,
Dari buku " Why MEN don't Listen & WOMEN can't Read Maps"
Lelaki hanya mencampuri percakapan lelaki lain apabila merasakan dirinya ditandingi ataupun dikasari. Sekiranya mahu berkomunikasi dgn lelaki, strategi mudah yg dpt digunakan adalah jangan mengganggunya ketika dia sedang bercakap. Agak sukar bg wanita menggunakan strategi ini, krn mereka menganggap bercakap serentak dpt menolong membina perhubungan dan membuatnya rasa terlibat dlm perbincangan. Wanita sentiasa mahu bercakap perihal pelbagai perkara krn menyangka ia membuatkan lelaki terpegun dan merasa dirinya penting. Namun apabila wanita berbuat demikian, lelaki sebenarnya tidak mendengar. Sebaliknya dia berasa terganggu.
Lelaki mengambil giliran apabila mahu bercakap.Oleh sebab itu apabila gilirannya tiba, biarlah dia sahaja yg bercakap.
Lelaki menganggap sesiapa sahaja yg mengganggu percakapannya sbg tidak sopan dan berfikiran celaru. Ini perkara asing utk wanita . Mereka merasakan apabila berbuat demikian, mereka dpt berhubung dan membuat lelaki merasa dirinya penting.
Wanita menggunakan kata-kata bg menunjukkan mereka terlibat dlm situasi dan membina ikatan. Kata-kata utk wanita adalah penghargaan. Apabila mereka suka kpd kita, bersetuju dgn pendapat kita ataupun mahu menjadi rakan kita, mereka akan bercakap banyak dengan kita. Apabila hal yg sebaliknya berlaku, sbg contoh apabila mereka mahu menghukum ataupun mahu menyatakan yg mereka tidak mahu berkawan, mereka tidak akan bercakap. Lelaki menggelar keadaan ini sbg layanan senyup. "saya tidak mahu bercakap dgn awk lagi", tidak harus diambil ringan.
Apabila wanita bercakap banyak dgn kita, dia suka kpd kita.Apabila dia tidak bercakap dgn kita, sebenarnya ada masalah.
Lelaki seharusnya sedar yg cakap berkias adalah sebahagian drpd sifat semula jadi wanita. Mereka tidak sepatutnya berasa marah dgn cara wanita bercakap. Bagi membina perhubungan peribadi dgn wanita, lelaki itu perlu mendengar dgn efektif menggunakan bunyi-bunyi yg menandakan dia mendengar dan bahasa badan. Lelaki tidak seharusnya mencadangkan jalan penyelesaian mahupun menyoal tujuan wanita itu bercerita.
Apabila wanita itu bercakap seakan-akan dia sedang menghadapi masalah, teknik terbaik yg patut dilakukan lelaki adalah dgn bertanya "Awak mahu sy mendengar sbg lelaki ataupun perempuan?" Apabila dia mahu didengari seperti perempuan, lelaki itu seharusnya terus mendengar dan memberikannya galakkan. Apabila dia mahu didengari seperti lelaki, lelaki itu dpt mencadangakn jalan penyelesaian.
Cakap berkias dpt membantu wanita dlm membina perhubungan sesama mereka. Namun, ia jarang mencapai maksud yg sama apabila berurusan dgn lelaki kerana mereka memang tidak faham apa yg sebenarnya diingini.
p/s : tiada kene mengena langsung pada org yg "siapa makan cili terasa pedasnya"
hihih
:)
xoxo


No comments:
Post a Comment